Kami adalah sebuah syarikat bumiputera melayu yang telah memulakan perniagaan secara kecil-kecilan dirumah dengan membeli secara pukal cecair minyak wangi yang di import dari luar negara dan memasarkan semula dangan harga mampu milik.
Pati Minyak wangi yang kami edarkan adalah 100% tulen tanpa campuran alkohol, mahupun bahan kimia asing yang merbahayakan. Produk kami adalah halal dimana tiada campuran sebarang unsur yang boleh membawa syubahah.
Nabi Muhammad S.A.W bersabda :
"sesiapa yang dipelawa wangian, janganlah dia menolaknya"
(hadis Riwayat Muslim)